Kebebasan itu maksudnya besar dan sangat subjektif. Tetapi secara amnya kebebasan difahami sebagai satu istilah yang menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Kebebasan terbahagi kepada positif dan negatif.
Pasti ramai orang mahukan kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Tapi untuk kebebasan buat apa saja sampai langgar hukum agama tu bukanlah kebebasan, itu lebih kepada kebebasan nafsu.
Masa, wang dan kesihatan
Jika kita hanya menjadi orang biasa seperti orang lain. Umur 18 – 22 masih fokus kepada pembelajaran dan selepas habis study apply untuk kerja. Bila kerja, 8 pagi hingga 6 petang sudah menjadi rutin berada di tempat kerja. Anda hanya ada cuti sehari atau dua untuk menghilangkan stress bekerja dan hanya boleh melancong atau melawat tempat orang pada cuti yang hanya boleh didapati beberapa hari dalam setahun.
Zaman sekarang ekonomi yang tidak menentu, pasti ramai yang ada masalah kewangan hutang sana – sini dan sampai tengah bulan terpaksa berjimat. Ini memang terjadi. Saya menjual jam kalori, kebanyakkan pembeli akan minta saya untuk reserved jam untuk mereka kerana mereka ingin menunggu gaji yang akan masuk pada akhir bulan.
Usaha seperti tiada esok
Apa yang saya nampak hari ini, orang muda sudah terbiasa dengan wang yang banyak. Mereka berbelanja tidak ikut kemampuan. Duit pinjaman pelajaran dihabiskan dengan membeli smartphone yang berharga ribuan yang sepatutnya hanya dibeli oleh orang berkemampuan yang sudah ada gaji tetap. Tetapi demi ingin dilihat trendy dan hipster dan mudah untuk berselfie, GTH dengan duit tu, nanti akhir bulan minta saja mak ayah masukkan duit.
Waktu paling best untuk start lakukan sesuatu apabila kita tengah study di IPT/IPTS. Kita ada networking, kita ada masa. Kita boleh create something. Tetapi apa yang mereka buat waktu muda? Berphotoshoot dan upload gambar di Instagram.
Ramai ja sebenarnya usahawan-usahawan muda yang ada di media sosial. Cuma anda hanya suka lihat kepada kejayaan orang, namun tidak berani mencuba untuk mengubah diri anda seperti mereka.
5 angka untuk kali ketiga
Alhamdulillah, penutup tahun 2016 yang indah apabila melihat simpanan saya kembali menjadi 5 angka. Sebelum ini dah pernah sampai 5 angka, tetapi kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan banyak wang dihabiskan pada petrol dan tol.
Belum lagi cakap pada makanan. Kalau dapat makan dan minuman RM5 tu dah kira murah. Susah nak cari harga macam tu sekarang.
Tapi harap kali ini simpanan saya tak turun 4 angka dah. Kena konsisten dalam bisnes dan perlu kerja lebih kuat. Harap tahun ni menjadi plan saya dengan ‘brotherhood’ untuk pusing Semenanjung Malaysia dalam seminggu. Lepas habis belajar nak jumpa mereka mungkin susah dah masing- masing dah ada haluan sendiri.
The post Maksud Kebebasan appeared first on Amirul.My.