Quantcast
Channel: Amirul
Viewing all articles
Browse latest Browse all 113

5 Perkara Best Tentang Malaysia Airlines

$
0
0

5 Perkara Best Tentang Malaysia Airlines – Dulu mungkin susah nak dapat naik flight sebab harganya memang tak dapat dinafikan agak mahal. Sesiapa yang berkemampuan saja dapat merasai pengalaman menaiki flight. Tapi kini kita semua dah boleh travel the world with cheap flights yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines. Syarikat penerbangan nasional yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1937 di bawah nama Malayan Airways ni juga telah mendapat pengiktirafan airlines bertaraf 5 bintang oleh Skytrax. Kapal terbang pertama yang pernah saya naik ialah Malaysia Airline waktu tu tahun 2009. Memang sangat teruja waktu tu sebab first time naik kapal terbang menuju ke Sarawak. 

Waktu saya di dalam airport, sempat snap time kapal terbang baru ambik penumpang

 Walaupun penerbangan kali ni saya memilih business class seats saja, namun pengalamannya sangat menyeronokkan. Berikut adalah 5 perkara best tentang Malaysia Airlines yang saya suka

  1. Golden Lounge

Salah satu faedah yang anda akan dapat jika terbang dengan business class ialah anda boleh akses ke Golden Lounge iaitu ruangan istirehat airport yang telah disediakan oleh airlines ni. Ia terletak di Bangunan Satelit, tingkat 2 Mezzanine, KLIA. Ruangan yang sangat mewah ni juga khas untuk anda yang fly dengan tiket kelas pertama, di mana anda boleh berehat dan bersantai sebelum berlepas atau semasa pemindahan flights. Selain suasana yang sangat comfortable, ruangan yang elegan ni mempunyai banyak kemudahkan seperti TV, WI-FI percuma, surau, bilik air dan banyak lagi. Apa yang menarik lagi, anda boleh makan di self-service buffet sebelum berlepas seperti Laksa Bar yang menghidangkan pelbagai jenis laksa tempatan seperti, Laksa Johor, Asam Laksa Penang dan Laksa Sarawak.

 2. Business Class cabin

Seriously, I feel so thrilled! Mana tidaknya, bukan selalu dapat pengalaman naik double-decker aircraft A380 ni, yang mana ia mampu menampung seramai 494 penumpang dan dibahagikan kepada tiga jenis airfares class iaitu first class, business class dan economy class. Business class seats terletak di upper deck dan mempunyai sebanyak 66 seats yang setiap satunya boleh convertible into a full flat bed. Di kelas perniagaan ni, saya dapat peruntukan checked-in baggage seberat 40kg sekali dengan 2 hand luggage. Dengan siling yang tinggi dan terdapat banyak ruang ni bolehlah saya simpan semua barang-barang saya. In fact, aircraft ni memang sangat luas dan ia adalah penawaran terbaik untuk penerbangan murah.

3. Tempat duduk

Business class seats menawarkan ample leg-room dan feature angled seats atau boleh dikatakan kerusinya boleh berbaring secara bebas supaya anda boleh berehat dan menikmati keselesaan sepanjang perjalanan. Menikmati tiket penerbangan yang murah tidak bererti anda tak boleh merasai suasana privasi kerana di antara dua kerusi terdapat dividing curtain yang boleh ditarik. Haaa, dengan adanya dividing curtain ni bolehlah saya tidur dengan gaya kuak bebas sikit. Hihi. Keselesaan seperti ni sangat diperlukan oleh setiap penumpang, especially perjalanan yang agak lama di atas aircraft. Ruangan tempat duduk yang fleksibel ni juga disertakan sekali dengan satu bantal dan 2 selimut. Jadi, bolehlah anda rasa macam tidur di bilik sendiri sambil dibuai mimpi indah.

4. Makanan

Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman percuma kepada semua penumpang international flights termasuklah untuk makanan kanak-kanak. Selain nasi lemak sambal udang, menu satay ayam dan daging juga menjadi pilihan utama dalam menu served on board. Hmm, satay yang dihidangkan memang sangat sedap dan juicy. Sangat terasa dengan perapan istimewanya iaitu bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas dan serai. Selain tu, bagi penumpang kelas pertama dan perniagaan, anda juga boleh memilih pilihan Chef-on-call dan special meal request untuk menikmati hidangan secara pre-order. Terdapat juga beberapa pilhan snacks seperti mee sup panas, biskut atau sandwich ayam yang boleh dipesan pada bila-bila masa saja semasa penerbangan.

 

5. Perkhidmatan pelanggan

Saya tahu tak semua orang mampu untuk memberikan layanan yang terbaik kepada orang lain tapi saya memang betul-betul salute pada semua flight attendants sebab mampu memberikan service yang sangat tiptop dengan penuh professional, attentive dan sangat friendly untuk long haul flights. Bukan mudah nak dapat cheap flights with excellent service seperti yang ditawarkan Malaysia Airlines ni.

Pramugari dan pramugara Malaysia Airlines dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Saya yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris hanya mampu bercakap dalam Melayu. Setiap kali saya minta minuman, mereka akan senyum tu yang paling best.

 

Throwback time first time saya di airport

Reference : MalaysiaAirlinesEfficientAsianMan , Mondomulia

The post 5 Perkara Best Tentang Malaysia Airlines appeared first on Amirul.My.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 113