Apabila melibatkan “Melayu”, sudah pasti akan ada isu walau apapun topiknya. Namun saya ingin beri sebab mengapa Melayu perlu berusaha untuk menjadi kaya dari sekarang. Kita perlu ubah mentaliti kita.
Mungkin ada yang kata “kaya tak bawa mati” atau “orang kaya paling lambat dihisab”. Ya itu memang betul. Tapi bila kita tengok sekeliling. Berapa ramai struggle hidup sebab tiada duit? Berapa ramai yang bercerai-berai sebabkan duit?
Lack of money is the root of evil
Pelakuan jenayah di kebanyakan bandar-bandar di Malaysia sebahagiannya berpunca dari kemiskinan. Kemiskinan akan membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan terdesak untuk mencuri, meragut dan merompak.
Hidup di bandar memang makan duit. Sekali makan dan minum sudah boleh mencecah RM6- 10. Itu baru makan tengahari, bagaimana pula dengan makan pagi dan malam? Itu belum dikira dengan perbelanjaan anda untuk ke tempat kerja mahupun ke tempat pengajian.
Nak tak nak, kita terpaksa meminjam duit dengan bank. Bagi pelajar, baru digelar mahasiswa sudah menanggung hutang berbelas ribu sedangkan anda tidak tentu lagi mempunyai pekerjaan. Lagi parah jika wang yang mereka dapat dengan berhutang itu digunakan untuk jolly jolly shandy. Maksud saya digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran.
Dari sini bermula segala jenayah yang kita dapat lihat di sekeliling kita. Kes ragut, pecah cermin kereta, curi motor dan sebagainya. Jika tiada kemiskinan, pasti perkara seperti ini dapat dikurangkan.
Bayangkan jika ramai orang Melayu yang kaya raya, pasti kita dapat sedikit sebanyak tingkatkan ekonomi orang kita. Sebenarnya ramai juga Melayu yang kaya, cuma mungkin mereka belum terbuka hati untuk membantu orang lain.
Nak bantu orang lain tak perlu tunggu sampai kita jadi jutawan pun. Senyum pun satu sedekah. Time makan dengan kawan-kawan, apa salahnya keluar sikit duit belanja kawan. Pergi masjid, sumbanglah sikit dalam tabung tu.
Percayalah dengan sedekah, kita takkan rugi malah bertambah lagi rezeki kita. Tapi orang kita harini, nak bagi kucing jalan makanan pun kedekut. Kita lihat orang minta derma, kita terus kata “ni mesti sindikit ni” sebab tak nak keluar duit.
Itu semua ujian untuk kita sebenarnya. Dan kita masih lagi tertanya “bila aku nak kaya ntah”.
Banyakkan memberi dahulu.
Kebanyakkan orang berjaya yang saya jumpa, kebanyakkan ialah orang yang rajin bersedekah. Sama ada secara terbuka ataupun tertutup. Itulah rahsia kejayaan mereka. Usaha pun kena juga.
Viral Orang Muda Bersama BMW
Tahun 2017 merupakan tahun kebangkitan anak muda. Kalau kita tengok di Instagram mahupun Facebook, sudah ramai anak muda kita yang memulakan langkah untuk berniaga.
Malah ada yang sudah memiliki kereta mewah seawal usia 20 tahun. Tapi itu hanyalah kereta, bukanlah pengukur kejayaan. Tapi sedikit sebanyak, telah membuat ramai anak muda untuk mencari duit sendiri secara part time.
Tapi bagi saya, jika anda berbisnes sebab nak ada kereta mewah, nak show off depan orang… agak susah untuk berjaya. Rata-rata yang saya jumpa, mereka tak target untuk menjadi kaya sebab nak kereta mewah, nak beli barang branded tapi mereka nak keluar dari kemiskinan dan tak mahu menyusahkan orang lain.
So betulkan niat dulu.
Bagaimana nak mula bisnes?
Ini soalan paling cliche sekali la.
Pertama – Ada minat, ada impian dan cita-cita
Kedua – Ada ilmu
Ketiga – Kenali pasaran
Mengapa perlu ada minat?
Sebab kalau anda gagal, anda akan buat sampai jadi. Walaupun belum dapat untung sesen.
Cabang bisnes ni sebenarnya besar. Rata-rata orang kita banyak nampak online bisnes. Ada yang ke kelas dan seminar berhabis sampai beribu sebab tiada basic dalam online bisnes.
Bagi saya, untuk permulaan anda hanya perlu buat apa yang anda pakar. Mula kecik-kecik dahulu dengan modal paling minimum. Ambik masa dulu urus kewangan. Pastikan bisnes anda buat tu untung. Untung tu pulak jangan guna untuk beli barang, tapi simpan.
Dari situ slow-slow rolling money. Sampai bisnes betul-betul stabil. Boleh start labur duit pada bisnes kedua pula.
Kalau anda tanya jutawan pun, mereka takkan bagitahu bisnes apa anda patut buat. Itu anda sendiri kena fikir sendiri sebab tak semua bisnes sesuai untuk kita. Ada yang buat macam-macam bisnes, sampai bisnes ke 10 baru menjadi.
Ini berkaitan usaha dan rezeki. Anda tak perlu nak SPM 10A ataupun kena ada degree untuk berjaya dalam bisnes. Bisnes ni berkaitan sapa pandai cari peluang dan usaha sampai ianya menjadi.
Yang paling penting bisnes yang anda buat tu patuh syariah. Maksudnya bisnes anda tidak menipu orang ataupun menyusahkan orang lain. Kurangkan dengki dan hiduplah dengan positif. Jangan cari masalah dengan orang lain.
Konklusinya, hidup ada duit tak menyusahkan orang. Tak ada nak pinjam-pinjam duit kawan. Lepastu tak bayar, putus kawan. Saya sendiri alami, hutang yang belum dibayar beribu tapi segan pula nak minta walaupun di Instagram joli sakan ye. Apapun, good luck whatever you doing sama ada makan gaji ke bisnes ke kita semua sama. Hormati kerjaya orang lain, dan anda akan disayangi.
The post Kenapa Melayu Perlu Kaya appeared first on Amirul.My.