Quantcast
Channel: Amirul
Viewing all articles
Browse latest Browse all 113

Kenapa Orang Bisnes Suka Show Off

$
0
0

Minggu ini saya cuba untuk meluangkan masa untuk berkopi dengan orang bisnes memandangkan waktu tu belum waktu gaji so saya memang betul-betul free.. Ajak mereka borak dan minum kopi di sekitar utara.

Hasilnya, saya jumpa kenapa orang bisnes tayang kereta harga ratus ribu juta-juta dan beli barangan mewah.

Saya jarang bercerita apa yang saya buat dan apa yang saya miliki dalam media sosial. Malah orang dekat pun saya tak cerita sangat. Kalau saya pm, agaknya orang akan kata who the hell is Amirul Imani.

Cuba untuk menjadi seorang yang down to Earth agak susah dalam dunia bisnes. Tiada usahawan yang ingin bernetworking dengan anda jika anda tidak tunjukkan nilai yang anda ada dan reason why they need to be your friend.

Sebab tu ada usahawan yang usaha untuk menaikkan nama dia seperti Aliff Syukri, Dato Vida dengan setiap hari bercerita apa yang mereka buat, mereka beli dan kereta apa mereka ada untuk membuktikan mereka betul-betul kaya dan meningkatkan keyakinan orang lain untuk berurusan dengan mereka.

Setengah orang yang tak faham akan kata orang bisnes ni semua riak dan menunjuk-nunjuk harta. Tapi itu semua hanyalah marketing plan untuk menaikkan bisnes.

Mungkin tak semua macam ni, tapi tak boleh nak salahkan mereka memilih orang untuk berkawan… kita pun tak tahu bagaimana kita di masa depan nanti. Silap-silap hanya mahu jumpa orang yang generate 6 angka sahaja.

Tapi siapa tak kecewa kan apabila perlawaan kita untuk berkawan ditolak. Ibarat whatsapp crush kena bluetick lah. Haish, rugi sapa yang tak jumpa saya tahun ni… mana tahu selepas ini saya dah ada empayar sendiri.

Setiap orang ada prinsipnya sendiri. Sama ada mahu orang kenal mereka atau kenal bisnes mereka.

The post Kenapa Orang Bisnes Suka Show Off appeared first on Amirul.My.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 113