Quantcast
Channel: Amirul
Viewing all articles
Browse latest Browse all 113

Pengalaman Umrah 2018

$
0
0

Alhamdulillah di penghujung bulan Januari, aku telah berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kali ke tanah suci Mekah untuk melakukan umrah pada 2018. Perasaan yang sukar nak digambarkan, nak kata eksaited tu ada, gembira tu ada tapi tak dapat diungkap dengan kata-kata kerana ia lebih tinggi dari itu.

Itulah janji aku kepada Allah jika dapat sesuatu yang aku idamkan, aku berhajat untuk menunaikan umrah setelah melihat gambar sahabat lama aku di Mekah, Shah Abu Dani yang pernah bekerja dengan aku masa main blog dulu

Aku mula bisnes pada November 2016, siapa sangka rezeki yang melimpah ruah Allah telah berikan kepada aku. Aku telah capai target lebih awal dari aku jangkakan.

Aku cakap dekat mak aku, aku kena buat umrah sebab aku dah nazar. Mak aku kata tak apa tangguh dulu nanti kita sekeluarga pergi sekali.

Aku sangat bersyukur dengan apa yang aku kecapi hari ini, tak pernah aku sangka aku mampu ke tahap ini sedangkan aku dulu hanyalah orang yang biasa.

Masa ni masa perjalanan ke Taif, cuaca di sini sejuk. Kalau di Malaysia ibarat Cameron Highland lah sebab bergunung ganang.

Kalau hampa ada 10 ribu lebih, so elok buat umrah dulu sebelum travel ke negara-negara lain. Sebab di sini hampa akan belajar banyak benda dan sedikit sebanyak akan menambah keislaman dalam diri.

Aku pi umrah dengan Simply Umrah, haa ni free marketing untuk Simply Umrah. Ada dua mutawif iaitu Ustaz Abdul Majid dan PU Amin. Memang berbaloi dengan travel ni sebab hotel SANGAT SANGAT dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Masa dekat Mekah kami dapat Hotel Millenium yang dulu namanya Hilton. Bilik dia memang macam hotel 5 star ada dapur dan toilet sampai 2 bijik.

Bergambar bersama ibu dan bapak aku di sekitar pergunungan Uhud di mana tentera Muslimin tewas kerana tidak mengikut perintah Rasulullah untuk kekal di posisi walauapa terjadi

Makan di sini jangan risau sebab memang sedap-sedap kecuali burger. KFC dan MCD kita lebih sedap dari kat Arab. Bersyukurlah makanan kita kebanyakkan sedap-sedap. Paling best kat sini makan nasi arab dan kambing, naik banyak kilo jugak aku kat sini.

Insyaallah tahun depan jika ada rezeki lebih, aku akan ke sana lagi kerana aku sangat merindui tempat Nabi Muhammad S.A.W.

Suka duka berbisnes

Aku masih belum berjaya. Tapi sajalah nak kongsi sikit-sikit pengalaman yang aku lalui. Orang bisnes ni nampak saja macam happy tapi dalam hati sentiasa berfikir macam mana nak survive masa akan datang berbanding orang makan gaji dah tentu bulan depan gaji masih sama.

Aku mula dari kosong. Aku buat bisnes pun mak bapak aku tak tahu. Aku dah penat nak hidup seminggu RM50 masa zaman belajar dulu. Tiap hari aku buka laptop untuk mencari peluang buat duit sebab aku pasti kalau kita usaha mesti akan jumpa caranya.

Benda pertama yang aku jual ialah jam, kemudian beg dan macam-macam barang lagi. Aku jual saja apa boleh jual untuk dapat modal. Kadang benda tu aku tak minat pun, tapi dalam bisnes kita jual apa orang lain minat dan perlukan.

Aku tak tunggu orang buka peluang dropship, aku buat sendiri dropship aku sendiri. Aku sendiri rajinkan diri PM satu-satu owner yang menjual di Facebook dan web-web lain. Ada yang reply, ada yang tak reply. Tapi last-last aku dapat tahu cara untuk ambik hati orang bisnes ialah dengan membeli sesuatu dari mereka.

Ya setiap bisnes perlu ada keunikkan yang tiada pada bisnes lain. Strong bisnes aku mestilah aku tak boleh dedahkan nanti ada yang tiru pulak hehe. Apabila kita menjual barang yang sama dengan peniga lain kalau kita tak ada USP sendiri agak susah la nak menjual dalam kuantiti yang banyak konsisten setiap hari.

Semua ni aku pernah dedahkan dalam talk aku dekat Politeknik Seberang Prai tahun lepas pada budak sem 1. Selama 1 jam non stop aku bagi ilmu yang aku sendiri rempuh dinding. Tapi kalau still tak hargai juga aku taktau lah. Slide tu aku masih simpan, hampir 80 slide jugak. Kalau nak boleh dm aku dekat IG @aremierule . Terima kasih Puan Ayuze dan Puan Suliza dari unit keusahawanan PSP atas jemputan.

Kerap juga aku ulang alik dari utara ke KL untuk berjumpa orang bisnes. Semuanya duit sendiri. Tak ada orang sponsor walaupun mak bapak aku nak bagi aku duit untuk bayar hotel semua. Sebab bila kita keluar duit sendiri, baru kita puas hati.

Sepanjang jumpa orang bisnes, macam-macam ragam. Ada yang bagus, ada yang sombong. Dan banyak jugak yang kaki scam. Mungkin mereka ingat aku ni terlalu lurus untuk percaya semua “sembang” mereka.

Dan paling penting dalam bisnes, jangan percaya 100% pada orang lain. Rahsiakan pendapatan syarikat dan jangan terlalu menonjol. Personal branding ada positif dan negatif, masing-masing punya pilihan.

Bila orang tanya bab pendapatan ni, bagitau biasa-biasa. Kalau ditanya tentang nilai, pandai2lah pusing ayat walaupun income bisnes bulan tu padu kaw2.

So untuk yang baru nak bermula, aku cadang jangan pandang duit dulu. Cari seseorang yang power dalam bisnes dan jadi staf dia. Gaji sikit tak apa janji ilmu yang dapat tu mantap. Jangan jadi macam aku, semua rempuh tiang sendiri banyak duit habis untuk belajar pasal bisnes.

Bila dah maju sikit, jangan sombong. Jangan nak lepak dengan orang power-power ja. Fokus pada matlamat kita, kita kaya untuk buat amal di dunia. Tiada gunanya jika kita bersedekah sana sini tapi hubungan sesama manusia kita tak jaga.

 

The post Pengalaman Umrah 2018 appeared first on Amirul.My.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 113