Quantcast
Channel: Amirul
Viewing all articles
Browse latest Browse all 113

Beza Perfume Original dan Fake

$
0
0

Ribuan perfume fake di pasaran membuatkan kita berhati-hati untuk membeli perfume original, ya lah takut bayar harga original tapi dapat perfume fake. Berikut merupakan cara untuk mengetahui beza perfume original dan fake di pasaran.

Macam mana nak beza PERFUME original dan fake ?

1. Website

Untuk check sama ada perfume authentic atau fake boleh guna serial number.

Check kat sini dengan memasukkan serial number kat website ni. http://www.checkfresh.com

Original perfume akan keluar bila tarikh manufacturer keluarkan.

Kalau tak keluar tu maksudnya fake lah.

2. Botol & Penutup Botol

Botol perfume yang original mesti high quality botol, permukaannya smooth je. Tak seperti botol fake perfume permukaannya kasar dan bergaris.

Penutup botol original perfume akan tertutup rapat sementara yang fake akan longgar.

Kau akan nampak perfume tu sendiri jernih, clear dari pandangan luar botol, yang fake akan kelihatan kabur dan tak smooth.

Yang original takkan ada bubble pada permukaan botol.

Original perfume di bawah botol tu akan ada MADE IN, contohnya YSL MADE IN FRANCE, Armani MADE IN ITALY.
Carolina Herrera Made In Spain.

3. Harga

Of cos harga original lebih mahal berbanding harga fake perfume. Biasanya rate harga original perfume untuk 100ml dan 125ml kompom RM300 – RM600 kecuali ada offer tapi jarang dan amat susah nak dapat bawah RM300.

50ml dan 75ml biasanya rate bawah RM300 sebotol bergantung juga pada brand perfume tu sendiri.

Tapi sometimes, harga orang jual online ada yang lebih mahal berbanding harga di shopping mall, thats y aku suggest walk in ke shopping mall korang boleh terus test dan check sendiri ketulenan perfume tu.

Sometimes ada juga penjual fake perfume ni kelabui mata pembeli dengan meletakkan harga sebanding original perfume.

Yang pastinya kalau 100ml dijual pada harga bawah RM200 please be carefull.

4. Tempat

Untuk confirm original aku suggest beli kat Shopping Mall seperti Parkson, Jusco, Sephora, Pavillion.

Elakkan beli melalui online sebab MOSTLY fake, reject.

Biasanya kalau ada individual seller yang banyak atau semuanya jual tester unit kat online atau offline maksudnya kau kena hati kemungkinan besar dia kerja kat shopping mall sebagai penjual perfume dan dia curi untuk jual kat luar.

5. Grammar

Check grammar spelling, kebiasaan yang fake akan salah ejaan dan grammar.

Original perfume grammar dan spelling akan betul dan tulisan tersusun rapi.

Contoh original perfume Dior Sauvage, yang fake akan eja Dior Savage. Carolina Herrera jadi Carolin Herera.

6. Serial number

Original perfume akan ada serial number yang tertera pada kotak tu sendiri dan ianya jelas, bukan digam ataupun ditampal seperti fake perfume.

Kekadang serial number pada fake perfume langsung tak tertera.

Serial number mesti matching di kotak perfume dan juga di bawah tapak botol perfume.

7.Kotak

Kotak perfume yang original memang kemas, cantik, kerana mereka gunakan paperboard yang high quality untuk melindungi perfume daripada pecah dan rosak.

Kotak fake perfume sama ada luar dan dalam kau sendiri boleh tengok quality kotak tu memang low quality. Benda ni akan nampak jelas.

Tulisan yang terpapar pada kotak pun boleh spot. Kalau yang original tersusun elok je, setiap huruf tu tersusun cantik, color takde pecah2.

Garisan barcode tu pun tak pecah untuk original perfume, color tak keluar seperti fake perfume.

8. Bungkusan

Bungkusan sealed cellophane original akan dibungkus dengan rapi dan elok serta melekat ketat, padat pada kotak.

Sementara yang fake akan ada kesan kedutan pada plastik. Perhatikan betul2 mesti akan ada kesan loose dan kedutan pada plastik bungkusan.

9. Bahan

Bahan yang tertera pada kotak original perfume akan ada banyak, yang fake perfume sikit je tertera di kotak.

10. Apply

Try sembur perfume tu pada kulit, fake perfume akan kasi tindak balas pada kulit, seperti gatal, kemerahan dan allergic. Original perfume takkan ada tindak balas seperti tu.

Kau try spray dan tengok kepala spray tu, original perfume akan keluar cantik je perfume tu dari kepala botol, yang fake kekadang tersekat, keluar pun macam nak tak nak je.

Try spray dan biarkan untuk beberapa jam tengok longevity perfume tu, kalau takat spray tahan 30 minit je tu maksudnya fake even seller claim tahan 12 jam.

11. Barcode

Barcode untuk original perfume France akan bermula dari 30-37, German bermula 400-440, Italy 80 – 83, USA CANADA bermula 00-09, Spain 84.

Image may contain: text
Kredit kepada Pendekar Muda

The post Beza Perfume Original dan Fake appeared first on Amirul.My.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 113